Saturday, October 16, 2010

Kubisikkan cinta,

mungkin cinta mampu membawaku terbang tinggi ke awan dan bintang2.

Rabbi,
aku merasa gelisah,
apakah amalanku Engkau terima sehingga aku merasa bahagia,
atau Engkau tolak hingga aku merasa sedih.

Ya Allah,
dengarkanlah bisikkan hatiku ini.
Pada dua persimpangan laluan jalan hidupku ini,
aku cuma ada dua pilihan,
hidup untuk terus menyintai-Mu dan rasul-Mu,
ataupun mati.

Seribu kerinduan telah membakar diriku,
seribu penyesalan telah melanda diriku.
Tanpa-Mu, siapalah aku.
Kadang aku menangis, kerana ku sedar,
betapa jauhnya aku denganMu.

Wahai Rabbi,
betapa diriku ini terlalu hina di sisiMu.
Dengan berbuat noda dan dosa.
Aku sentiasa bimbang mengenangkan
nasibku di hari kemudian.

Ya Rabbi Zakaria ya Allah.
Ya Rabbi Yahya ya Allah.
Ya Rabbi Isa ya Allah.
Ya Rabbi Muhammad ya Allah.
Ya Rabbi Muhammad ya Allah.

Ya Allah,
bimbinglah aku melalui jalan para kekasih Mu.
Moga cahaya kebahagiaan
sentiasa menerangi hidupku,
di dunia,
dan di Akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home