Wednesday, August 10, 2011

Wayang kulit.


Setiap kejadian yang berlaku atas ketetapan Allah swt.
Setiap yang berlaku pula terdapat kebesaran
serta hikmah Allah untuk kita fikir.
Tiada daya dan upaya sedikitpun
melainkan kebesaran Allah swt semata-mata.

Andai kita mampu berubah dan mengubah,
semua perkara baik kita nak.
Nak lahir dalam keturunan bangsawan,
Nak jadi jutawan,
Nak jadi orang budiman,
Nak jadi ilmuan,
Kita juga nak mengenal Tuhan.

Namun, sedar tak sedar kita sebenarnya
hanyalah wayang kulit yang ada dalangnya.
Kalau kita diukir jadi Pak Dogol, dogollah kita.
Kalau diukir jadi Rawana, botalah kita.
Kalau diukir jadi Rama, rajalah kita.

1 Comments:

Anonymous Namaz Anail said...

no 'tazkirah' blogpost this Ramadhan?

July 27, 2012 at 9:40 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home